fbpx

Dua anggota polis cedera diserang lelaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang anggota MPV yang cedera di kepala diserang lelaki mabuk awal pagi tadi

KLANG – Dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) cedera selepas diserang menggunakan batu oleh lelaki mabuk dalam kejadian di Batu 4, Jalan Kapar di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua anggota tersebut berusia 30 dan 50an dengan salah seorang daripadanya menerima enam jahitan susulan kecederaan ketika bergelut menangkap suspek lelaki warga Sri Lanka berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.04 pagi daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat seorang individu tidak dikenali telah menceroboh kawasan rumahnya.

Katanya, unit MPV kemudiannya telah diarahkan ke lokasi kejadian dan mendapati suspek lelaki itu berada di dalam rumah pengadu.

“Suspek telah bertindak agresif ketika tangkapan dilakukan selain menyerang dua anggota polis tersebut menggunakan batu.

“Seorang anggota polis lebam di kepala, manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat daripada pergelutan dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, suspek yang kemudiannya berjaya ditangkap merupakan warga Sri Lanka dengan lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Vijaya menjelaskan semasa tangkapan dilakukan didapati suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

“Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan 488 Kanun Keseksaan,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI