fbpx

PRU15: Isu calon BN Kuala Nerus akan diselesaikan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tiga dari kanan) mengamin doa dibaca penyokongnya di Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Akar umbi di Kuala Nerus diminta bertenang kerana calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu akan diumumkan pada masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung calon di kawasan berkenaan.

“Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya dan calon (Parlimen Kuala Nerus) sedang diputuskan.

“Sebelum ini, BPUNT telah menyerahkan senarai cadangan calon yang diyakini boleh menawan semula kerusi itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad enggan mengulas desas-desus yang mengaitkan Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali yang juga bekas Setiuasaha Majlis Syura Ulama Pas sebagai calon BN bagi Parlimen Kuala Nerus.

“Setakat ini saya tidak boleh komen. Cukuplah saya kata, isu calon Parlimen Kuala Nerus sudah dibincangkan dengan Presiden (Ahmad Zahid),” katanya.

Sebelum ini, calon Parlimen Kuala Nerus antara yang tidak diumumkan Ahmad Zahid pada majlis di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur malam tadi.

Ia telah mencetuskan keresahan dalam kalangan ahli dan penyokong parti komponen BN di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI