fbpx

PRU15: BN umum 55 daripada 59 calon di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BN mengumumkan calon bagi kerusi DUN Perak hari ini

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mengumumkan calon bagi 55 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan beberapa nama baharu dipertaruhkan BN pada pilihan raya kali ini.

Dewan Undangan Negeri Kenering menampilkan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lenggong, Rohaida Mohamad Yaakub sebagai calon bagi menggantikan penyandangnya Tarmizi Idris yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

Selain itu, DUN Pasir Panjang menampilkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut, Mohd. Rafiq Mohd. sebagai calon BN.

DUN Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau turut menampilkan wajah baharu masing-masing iaitu Faizul Rizal Zulkufli, Osman Ahmad dan Saliza Ahmad.

Tiga nama yang sebelum ini bertanding pada PRU14 turut dipilih mewakili BN pada PRU15 iaitu Datuk Norzaman Man di DUN Pangkor; Ishsam Shahruddin (DUN Ayer Kuning) dan Azman Noh (DUN Pengkalan Baharu).

Selain itu, antara calon yang mencuri tumpuan ialah Ketua Koordinasi Komunikasi BN, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud bagi menggantikan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang menarik diri di Parlimen Larut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI