fbpx

Peniaga di P. Pinang hadkan beli 10 biji telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan telur ayam yang semakin sukar diperoleh ketika ini meresahkan peniaga makanan di Pulau Pinang. – Gambar Hiasan

GEORGE TOWN – Peniaga makanan terutama nasi lemak dan baulu di negeri ini mula gelabah memikirkan bekalan telur ayam yang semakin sukar dipe­roleh di kedai runcit ketika ini.

Rata-rata mereka buntu sehingga terpaksa menghentikan tempahan buat sementara waktu, selain hanya mengutamakan pelanggan di majlis kenduri.

Pengusaha Rashidah’s Bahulu Warisan, Mohd. Sobri Hamid berkata, kesukaran memperoleh bekalan telur ayam bagi semua gred itu berlaku dua minggu lalu.

Katanya, hampir semua kedai runcit dan pasar mini berdekatan kediamannya di Te­luk Kumbar di sini berdepan masalah tersebut.

“Kalau masuk mana-mana kedai runcit memang takdak (tiada) telur. Nasib sahaja kalau ada orang (pelanggan) yang belum ambil atau beli, itu dianggap rezeki.

“Bayangkan, peniaga kedai runcit kini mengehadkan jualan hanya 10 biji telur ayam bagi setiap pelanggan.

“Sudahlah tempahan baulu semakin meningkat, telur ayam bagi gred AA pula payah dicari. Kami kini terkesan kira-kira 30 peratus untuk siapkan tempahan daripada pelanggan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, ujarnya, kekurangan bekalan telur ayam turut menyumbang kepada pe­ningkatan harga jualan di pasaran ketika ini.

“Telur gred AA naik harga dari­pada RM16.50 sepapan kepada RM17.50. Telur ayam yang dijual di kedai runcit sedikit mahal berbanding di pasar.

“Kami terpaksa beli terus dari lori pembekal telur ayam di Permatang Damar Laut dan Batu Maung pada harga RM15.50 sepapan. Adakalanya mereka (pembekal) juga tiada stok telur bagi gred AA,” ujarnya yang menggunakan telur gred AA bagi mengekalkan kualiti adunan dan rasa enak baulu.

Sementara itu, seorang peniaga nasi lemak di Bayan Lepas, Zahir Manan, 40-an, pula memberitahu, dia turut berdepan masalah sama apabila pemborong mencatu jualan te­lur ayam kepada 30 biji (sepapan) bagi setiap keluarga.

“Setiap kali ke kedai runcit untuk membeli bekalan telur ayam gred B dan gred lain mesti habis, manakala di pasar raya besar pula akan mula habis pada se­belah petang.

“Kami jangka telur ayam akan naik harga lagi. Itu sebab berlalu masalah sebegini,” katanya.

Semalam, Kosmo! melapor­kan, kerajaan bersetuju me­naikkan kadar subsidi telur ayam gred A, B dan C sebanyak dua sen sebiji menjadi 10 sen berkuat kuasa kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI