PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di 10 negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, antara negeri terlibat adalah Kedah di Baling serta Perak di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
“Kelantan di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Pahang melibatkan Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” kata MetMalaysia hari ini.
Tambah MetMalaysia, Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak, dan Hulu Langat, manakala Johor di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi selain seluruh Negeri Sembilan.
“Hujan lebat serta ribut petir turut diramal di Sabah melibatkan Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Sebauh) dan Limbang,” katanya.- KOSMO! ONLINE