fbpx

Rakyat Jepun diarah jimat bekalan elektrik ketika musim sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENARA di Jepun diterangi lampu hanya separuh bahagian pada 22 Mac lalu sebagai respons kepada permintaan kerajaan untuk menjimatkan tenaga elektrik di Tokyo. - Takuya Isayama

TOKYO – Kerajaan Jepun meminta premis perniagaan dan isi rumah agar menjimatkan penggunaan tenaga elektrik semasa musim sejuk kali ini berikutan masalah bekalan kuasa yang berlarutan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut agensi berita Jiji Press, permintaan itu dikuatkuasa bermula Disember tahun ini hingga Mac tahun depan. Bagaimanapun, tiada sasaran khusus ditetapkan untuk bilangan premis yang terlibat.

Jepun dijangka memperoleh kadar rizab bekalan kuasa sebanyak tiga peratus iaitu tahap minimum yang diperlukan untuk menyediakan bekalan yang stabil bagi musim sejuk.

Bagaimanapun, kerajaan mahu memastikan bekalan kuasa yang mencukupi untuk memanaskan rumah dan mengekalkan perniagaan sekiranya bencana alam atau gangguan melanda loji jana kuasa.

Ramalan terbaharu pengendali grid negara meletakkan nisbah rizab kuasa kepada 4.1 peratus di kawasan Tokyo dan Tohoku untuk Januari. 

Menteri Industri Jepun, Yasutoshi Nishimura menerusi satu sidang akhbar meminta kerjasama premis perniagaan dan isi rumah untuk menjimatkan tenaga elektrik.

“Kita perlu bertindak bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan tidak terganggu,” katanya.

Permintaan itu adalah kali pertama dilakukan oleh kerajaan negara itu bagi menjimatkan tenaga elektrik di seluruh negara pada musim sejuk sejak 2015.

Bagi memastikan keadaan kekal panas ketika menjimatkan elektrik, rakyat dinasihatkan untuk menutup lampu tambahan dan memakai lebih banyak pakaian walaupun mereka berada di dalam rumah.

Permintaan itu dilakukan kerana tekanan seterusnya dijangka berlaku pada grid yang sudah sedia terganggu dan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kebarangkalian Russia akan menghentikan pengaliran masuk cecair gas asli.

Pengeluar tenaga terbesar di Jepun, Jera Co. juga akan memulakan semula beberapa unit loji termanya untuk membantu mengurangkan jangkaan kekurangan bekalan untuk musim sejuk kali ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI