fbpx

Nama dah umum, sekarang masa untuk bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN calon Barisan Nasional yang hadir pada majlis pengumuman calon PRU15 di Kuala Lumpur kelmarin.

Debaran mengenai nama-nama yang menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin reda.

Baik gabungan parti-parti politik besar di bawah Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan yang paling ditunggu-tunggu, Barisan Nasional (BN) masing-masing sudah pun mengumumkan nama calon-calon pilihan mereka secara berperingkat.

Tumpuan pastinya kepada calon BN. Walaupun tarikh pengumuman calon telah ditetapkan pada Selasa malam, tetapi nama-nama pemimpin yang digugurkan sudah bocor.

Seperti dijangkakan nama Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Datuk Halimah Mohamed Sadique tidak disenaraikan untuk bertanding pada PRU kali ini.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula dicalonkan bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Pengumuman Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada malam kelmarin turut menyaksikan beberapa nama membuat comeback (kemunculan semula) antaranya Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim membuat kemunculan kali pertama sebagai calon Parlimen Larut, namun kemudiannya menarik diri.

Pengumuman itu juga menyaksikan beberapa kerusi menjadi tumpuan seperti Gombak yang mana BN mempertaruhkan Megat Zulkarnain Omardin yang bakal menentang Datuk Seri Amirudin Shari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk merebut kerusi disandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Turut menjadi tumpuan Sepang, Putrajaya dan Sungai Buloh.

Barisan kepimpinan tertinggi MIC termasuk Presidennya, Tan Sri S. A. Vigneswaran pula tidak kelihatan hadir pada majlis tersebut.

Kata Ahmad Zahid, calon-calon yang bertanding pada PRU kali ini adalah gabungan muka lama pemimpin yang berpengalaman dan baharu untuk menghasilkan idea-idea yang segar dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sebanyak 85 peratus daripada mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Pada PRU15, seramai 51.4 peratus daripada kira-kira 21.1 juta pengundi yang layak adalah mereka yang berusia 21 hingga 40 tahun. Kumpulan inilah yang harus diberikan perhatian. Calon-calon yang dinamakan ini sudah pasti akan memikul tanggungjawab besar untuk memenangkan parti mereka.

Selepas lima tahun menempuh pelbagai ranjau di bawah pentadbiran kerajaan PH dan PN, jadi inilah masanya selepas mandat diserahkan semula kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka mahukan sebagai YB (Yang Berhormat).

Ini bukan masa untuk merajuk, bermasam muka dan mengkhianati parti. Jangan bikin drama, jangan sampai ada yang meluat untuk keluar mengundi. Parti juga yang rugi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI