fbpx

Harga maksimum minyak masak botol turun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga minyak masak sawit botol lima kilogram (kg) diturunkan lagi kepada RM30.90 berkuat kuasa 8 November sehingga 7 Disember ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata kawalan harga itu dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

“Harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut berharga RM6.90 bagi botol 1kg, RM13.30 (2kg) dan RM19.60 (3kg).

“Kerajaan menerusi KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, mana-mana pihak yang didapati menjual bahan tersebut melebihi harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Individu terlibat boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan menerusi Whatsapp  019- 279 4317/019-848 8000 atau e-aduan.kpdnhep atau menerusi pusat panggilan 1-800-886-800.

Pada 3 Oktober lalu, akhbar melaporkan minyak masak dalam botol 5kg akan dijual pada harga maksimum RM31.50 berbanding RM33.50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI