fbpx

Lelaki ‘bertelinga arnab’ mulakan insiden rempuhan Itaewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki memakai ‘telinga arnab’ itu dikatakan mula menolak sehingga menyebabkan orang ramai jatuh. – Flickr/Chosun

SEOUL – Sebilangan individu yang terselamat dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan mendakwa bahawa seorang lelaki memakai kostum ‘telinga arnab’ dan beberapa rakannya bertanggungjawab memulakan aksi tolak-menolak sehingga membuatkan orang ramai jatuh, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Seorang pengunjung menerusi hantaran di laman media sosial berkata, seorang lelaki berumur sekitar 20-an berdiri di belakangnya dan menjerit: “Tolak! Tolak!” 

Lelaki tersebut kemudian menolak individu berkenaan yang menyebabkan dia jatuh di atas jalan.

Dakwaan tersebut turut disokong beberapa pengunjung lain yang menyatakan bahawa lelaki memakai kostum telinga arnab dan sekumpulan individu yang terdiri daripada lima hingga enam lelaki menolak orang lain dengan sengaja.

Susulan dakwaan-dakwaan tersebut, pegawai berkata, pihak berkuasa kini sedang memeriksa 52 kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian serta menyiasat video-video yang dikongsikan di media sosial selain menyoal saksi dan mangsa sebelum menentukan punca kejadian.

Seramai 156 mangsa disahkan meninggal dunia setakat kelmarin dalam insiden rempuhan ketika sambutan Halloween pada Sabtu malam lalu.

Agensi berita Yonhap berkata, sekurang-kurangnya 29 mangsa lagi berada dalam keadaan serius.

Punca kejadian sehingga kini masih tidak dapat dipastikan dengan beberapa laporan media tempatan mendakwa insiden itu berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu menuju ke sebuah bar yang dihadiri oleh seorang selebriti terkenal.

Sebilangan pihak menyalahkan pihak polis kerana hanya 137 anggota dikerah untuk mengawasi sambutan tersebut yang dilaporkan dihadiri oleh hampir 100,000 orang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI