BARU-baru ini, anggota BTS iaitu Jin selamat pulang ke Korea Selatan selepas membuat persembahan di Konsert Coldplay, Buenos Aires, Argentina.
Jin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa pada Isnin lalu selepas menyelesaikan persembahannya di Argentina.
Terdahulu, anggota paling tua dalam BTS itu terbang Buenos Aires pada 28 Oktober lalu bagi menjayakan persembahan di konsert jelajah dunia Coldplay Music Of The Spheres.
Semasa konsert tersebut, Jin sempat mempersembahkan lagu solonya berjudul The Astronout secara langsung buat kali pertama di hadapan peminat.
Pembikinan lirik lagu tersebut ditulis sendiri Jin bagi mendedikasikan rasa cinta cintanya terhadap peminat BTS iaitu Army.
Sejurus pulang, Jin kini dikatakan sudah pun mula membuat persediaan untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan wajib.