fbpx

PRU15: Gerakan Tanah Air bertanding di 121 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzuki

BANGI – Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan akan bertanding di 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA – Parti Pejuang Tanah Air di sini hari ini.

“Masih ada kawasan yang kita sedang pertimbangkan bagi calon untuk diketengahkan pada 5 November ini. Justeru, penyerahan watikah kepada semua calon hari ini melibatkan Parlimen sahaja.

“Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pula diserahkan kepada pimpinan negeri,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Berita menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI