fbpx

PRU15: Gerakan Tanah Air bertanding 121 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzuki berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA - Parti Pejuang Tanah Air di Bangi, hari ini. - Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

BANGI – Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan akan bertanding di 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Parti Pejuang Tanah Air di sini hari ini.

“Masih ada kawasan yang kita sedang pertimbangkan bagi calon untuk diketengahkan pada 5 November ini (hari penamaan calon).

“Justeru, penyerahan watikah kepada semua calon yang diadakan pada hari ini melibatkan Parlimen sahaja.

“Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN), perkara itu diserahkan kepada pimpinan negeri,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI