PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa daerah di empat negeri di Semenanjung Malaysia sehingga pukul 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, lima negeri terlibat adalah Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Negeri Sembilan melibatkan kawasan Tampin. Di Melaka pula kawasan Jasin yang dijangka terkesan dengan cuaca buruk ini.
“Di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE