fbpx

Inovasi, formulasi halal Kahf penuhi gaya hidup lelaki moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Susulan kejayaan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan, Wardah yang mula berada di pasaran Malaysia sejak lima tahun lalu, PT Paragon Technology and Innovation (Paragon) memperkenalkan rangkaian produk khusus untuk kaum elaki sebagai usaha syarikat mengu­kuhkan penguasaan pasarannya di negara ini.

Produk keluaran syarikat dari negara jiran, Indonesia itu optimis terhadap jenama Kahf bakal mendapat tempat dalam kala­ngan kaum lelaki berusia lebih 18 tahun itu melalui 10 unit simpanan stok (SKU) .

Ia terdiri daripada tiga ka­tegori produk iaitu penjagaan kulit yang mewakili pencuci muka dan pelembap pelindung matahari.

Segmen lain yang diperkenalkan juga adalah minyak wangi dengan menawarkan empat va­rian wangian yang diinspirasikan daripada alam semula jadi dan juga produk penjagaan janggut dan rambut.

Pengurus Jenama Kahf, Billy Dharmawan berkata, produk terbaharu Kahf yang dijual di bawah RM50 seunit itu telah mula ber­ada di pasaran Malaysia pada awal bulan Oktober.

“Produk rangkaian penjagaan diri dan kebersihan Kahf telah dilancarkan di pasaran Indonesia sejak tahun 2020 melalui pembanguan dan kajian yang dilaksanakan syarikat yang memiliki kemahiran meluas melalui pembangunan produk Wardah yang semakin popular di pasaran ­Malaysia.

“Kami berkeyakinan ia juga bakal mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan di sini.

“Ia turut melibatkan faktor yang berkonsepkan halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semula jadi serta harga jualannya yang mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian produk terbaharu Kahf di sebuah pusat beli-belah utama di sini baru-baru ini.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Paragon, Ronni Ar­diansyah.

Billy menerangkan, produk ini juga mengandungi formulasi ringan dan unik dengan teknologi HydroBalance yang mampu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit supaya kulit lebih sihat, berimej lebih moden dengan memberi manfaat daripada aspek fizikal, emosi dan ­rohani.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk kami memperkenalkan rangkaian produk Kahf di Malaysia selepas pandemik yang mana masyarakat lebih peka terhadap penjagaan kesihatan masing-masing.

“Selain itu, permintaan terhadap produk penjagaan kulit dan diri buat kaum lelaki di negara ini semakin meningkat tetapi ramai yang masih belum menemui jenama yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI