fbpx

Hilang di Jempol, jumpa di Mentakab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes mencuri kereta di Jempol hari ini. - MEDIA SOSIAL

JEMPOL – Tindakan pantas polis yang menjalankan siasatan berhubung satu kes curi kereta di sini berjaya menemui semula kenderaan itu selepas ia dilarikan sejauh 88 kilometer ke Mentakab, Pahang.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada pukul 6 pagi itu berlaku apabila mangsa menyedari kereta jenis Proton Wira miliknya dilarikan di Kampung Baru Ayer Hitam di sini.

Katanya, ketika itu mangsa hendak ke tandas sebelum terdengar bunyi enjin keretanya dihidupkan di garaj rumah bapa saudaranya.

“Mangsa cuba mengejar tetapi tidak berjaya sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam kira-kira pukul 9.18 pagi.

“Polis kemudian telah membuat hebahan dan siasatan sebelum berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di Mentakab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Chang Hook, permohonan tahanan reman akan dipohon pagi esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI