fbpx

PRU15: Fathul Bari, Zahida dan Rozabil muka baharu Parlimen Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Fathul Bari, Zahida dan Rozabil.

KANGAR – Barisan Nasional (BN) mengumumkan tiga muka baharu bertanding di kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu sekali gus menggugurkan dua nama besar yang merupakan penyandang kerusi Arau dan Padang Besar.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan terpilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Padang Besar yang disandang Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Bagi Parlimen Arau pula, Datuk Rozabil Abd. Rahman diumumkan sebagai calon bertanding di kerusi disandang Datuk Seri Shahidan Kassim.

Manakala di Parlimen Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya akan bertanding menentang penyandang, Noor Amin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI