PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera.
Presiden UMNNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk.
Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pula dinamakan sebagai calon BN di Parlimen Kuala Selangor.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kekal bertanding di Parlimen Sembrong, manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Parlimen Kepala Batas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kekal bertanding di Parlimen Parit Sulong dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin di Parlimen Kimanis.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah pula di Parlimen Paya Besar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Parlimen Jelebu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam, manakala Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan (Tapah), Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri We Jeck Seng di (Tanjung Piai).
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertanding di Parlimen Padang Terap, sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said di kerusi Parlimen Kuala Krau. – KOSMO! ONLINE – KOSMO! ONLINE