fbpx

Ducati bakal pasukan terbaik musim 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA memberi harapan besar kepada Ducati selepas menjulang tujuh kemenangan, sekali gus bakal menoktahkan gelaran dunia MotoGP di Valencia minggu ini. – AFP

LONDON – Meskipun perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) belum berakhir, namun Ducati sudah membayangkan bahawa mereka akan mempunyai pasukan terbaik pada 2023 nanti.

Pada musim ini, pasukan Itali itu mempamerkan persembahan terbaik mereka terutama menerusi pelumba harapan, Fran­cesco Bagnaia yang menjulang tujuh kemenangan, sekali gus bakal menoktahkan gelaran du­nia MotoGP di Valencia minggu ini.

Kehadiran pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini bersama Ducati pada musim depan memperkukuhkan kekuatan pasukan Itali tersebut selepas pelumba berusia 24 tahun itu merangkul empat kemenangan ketika ini.

Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti percaya mereka mempunyai barisan pelumba terbaik dan tidak sabar untuk melihat dua gabungan pelumba muda 2023 kelak.

“Bastianini hanya berdepan kesulitan selepas perlumbaan di Mugello, tetapi tidak mengapa kerana ini adalah tahun kedua­nya dalam MotoGP.

“Dia (Bastianini) makin matang dan menunjukkan bahawa dia adalah pelumba yang terbaik. Kami memilih dia menyertai pasu­kan utama kerana kami fikir dia seorang pelumba yang mampu memenangi gelaran dunia.

“Di atas kertas kami akan mempunyai pasukan terbaik pada tahun 2023. Ia dinilai berdasarkan prestasi mereka musim ini. Ini adalah pasukan impian.

“Kedua-dua mereka adalah Itali dan sangat pantas. Mereka tidak mahu menjadi pelumba kedua. Itu masalah yang kami perlu selesaikan musim depan,” kata Ciabatti.

Ducati bakal menamatkan penantian 15 tahun mereka untuk merangkul gelaran mahkota kemenangan MotoGP selepas Bagnaia memimpin kedudukan pelumba dengan mengumpul 258 mata, kelebihan 23 mata berbanding Fabio Quartararo (Yamaha).

Kali terakhir Ducati meraih gelaran dunia ialah pada 2007 menerusi pelumba Casey Stoner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI