fbpx

Menumpang kasih sayang anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (kanan) memberi air kepada ibu angkatnya, Maimunah ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Salim, Kuala Muda, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Meskipun berstatus ibu angkat, seorang wanita warga emas beruntung kerana dijaga sepasang suami isteri di Kampung Padang Salim, Kuala Muda di sini sejak dua tahun lalu.

Maimunah Haron, 67, berkata, dia bersyukur kerana anak ang­katnya, Ridwan Noorli, 39, dan pasangannya, Noraini Saad, 37, sanggup menjaganya walaupun mengalami masalah kesihatan dan hidup serba kekurangan.

“Ridwan yang dijaga sejak kecil sanggup menjaga saya yang menghidap jantung, buah pinggang, diabetes dan angin ahmar.

“Akibat serangan angin ahmar, sebelah kiri badan saya tidak boleh bergerak dan perlu dipapah ke bilik air. Mereka juga yang menyediakan makan minum,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Maimunah, segala keperluan hariannya disediakan pasangan tersebut yang turut tinggal sebumbung. Sebelum ini, Ridwan bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak seberapa.

“Sejak dia (Ridwan) tidak boleh buat kerja berat dan kerap letih kerana diabetes, kami se­ring mengalami masalah kewa­ngan kerana tiada pendapatan,” ujarnya.

Maimunah berkata, bagi mencari wang tambahan, Noraini menjual jagung di hadapan rumah selain menjaja di sekitar Kuala Muda dan Penaga, Pulau Pinang setiap hari.

“Dengan pendapatan RM20 sehari dapatlah kami sekeluarga meneruskan hidup. Duit zakat RM200 pula sekadar cukup untuk berulang-alik dua kali ke hospital,” ujarnya.

Ujar Maimunah, dia memerlukan sebuah bilik yang dilengkapi tandas untuk memudahkannya ke bilik air.

“Saya kerap berulang ke tandas kerana tidak memakai lampin pakai buang sebab tak mampu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi talian 017-4970605 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional Noraini bernombor 0299541100329775.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI