fbpx

Kereta hilang kawalan punca wanita kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan mangsa remuk di bahagian hadapan serta pintu sebelah kanan.

KUALA LUMPUR – Hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan menjadi punca kemalangan seorang wanita yang maut dalam kejadian di Kilometer (KM) 2.2 Lebuh Raya Seremban berhampiran susur Desa Waterpark di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Haji Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan terbabit kira-kira pukul 10.06 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang wanita tempatan berusia 26 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kenderaan terbabit telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan lalu melanggar batu pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemalangan berlaku pada pukul 2 pagi ketika mangsa memandu dari arah Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar, Kuala Lumpur.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kenderaan mangsa turut remuk di bahagian hadapan serta pintu sebelah kanan,” jelasnya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut masih dilaksanakan dan pihak polis akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lebuh raya tersebut.

“Jika ada sebarang maklumat berkaitan kes ini sila hubungi hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI