fbpx

Asmahanizam mesra layan pelanggan seperti keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmahanizam menawarkan pakej rawatan rambut dan muka serendah RM8 kepada golongan berpendapatan rendah.

KOTA BHARU – Inisiatif seorang pemilik spa di Jalan Tengku Maharani Puteri, di sini yang mengamalkan konsep layan pelanggan seperti ahli keluarga membuahkan hasil apabila dia kini mempunyai lebih 2,000 pelanggan tetap.

Pemilik As Hair & Beauty Salon, Asmahanizan Hasan, 39, berkata, melalui layanan yang mesra akan membolehkan pelanggan berasa lebih selesa untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang disediakan.

Jelasnya, ini dapat dilihat daripada kebanyakan pelanggannya yang pasti akan datang berkali-kali bagi mendapatkan perkhidmatan di spa miliknya yang sudah dibuka sejak 16 tahun yang lalu.

“Spa ini dibuka dengan bermodalkan wang sebanyak RM70,000 selepas memperoleh pengalaman bekerja dengan pusat kecantikan lain selama dua tahun,” katanya.

Asmahanizan berkata, pelbagai pakej disediakan antaranya adalah menawarkan rawatan kecantikan wajah dengan menggunakan mesin, urutan badan, rawatan resdung, rambut dan jualan kosmetik.

“Di spa ini juga saya menawarkan pakej yang murah bermula serendah RM8 sahaja untuk rawatan rambut dan RM10 bagi rawatan muka.

“Harga itu akan membolehkan golongan yang kurang berkemampuan turut berpeluang mendapatkan rawatan di spa.

“Malah, saya juga memberikan perkhidmatan percuma kepada pelanggan yang tidak mempunyai wang selain golongan warga emas dan pesakit mental,” ujarnya.

Asmahanizam menerangkan, sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, dia turut membantu mencuci rambut para pesakit mental yang terbiar secara percuma selain turut membantu mereka membersihkan diri.

Bercerita lebih lanjut, Asmahanizan berkata, dia mula membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bermula tahun 2010 dengan modal permulaan sebanyak RM3,000.

“Sehingga kini, saya telah membuat pinjaman AIM lebih 20 kali dengan jumlah sehingga RM30,000 sebagai tambahan modal pusingan bagi membeli produk untuk rawatan rambut, wajah dan jamu.

“Impian saya adalah untuk membesarkan lagi perniagaan ini dan akan terus bersama AIM walaupun sudah berjaya kelak. Saya mengucapkan terima kasih kepada AIM kerana membantu saya meneruskan perniagaan ini,” katanya.

Menurutnya, pelbagai promosi ditawarkan untuk orang ramai menerusi laman Facebooknya, Pelangi Qaseh.

“Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh terus hubungi As Hair & Beauty Salon di talian 013-916 5522 dan 013-980 4348. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI