JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengantin lelaki yang didakwa membatalkan majlis perkahwinan kerana didatangi bekas teman wanita mendapat komen netizen yang berbeza, lapor portal berita Wolipop.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nyinyir_update_official.
Ia memaparkan seorang wanita yang memakai baju hitam dilihat menangis dan memeluk pengantin lelaki.
Perkahwinan itu tular kerana dia didakwa sebagai bekas teman wanita kepada pengantin lelaki yang tidak mahu berpisah.
“Batalkan perkahwinan kerana bekas teman wanita tidak mahu berpisah. Peluk, cium dan minta perkahwinan dibatalkan,” demikian keterangan pada video tersebut.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Rata-rata netizen memberitahu bahawa wanita tersebut adalah adik kandung kepada pengantin lelaki.
Dia dikatakan menangis kerana salah seorang orang tua mereka baru sahaja meninggal dunia.
“Itu adiknya. Seminggu sebelum nikah ibunya meninggal dunia. Video itu dirakam pakcik dan makcik mereka,” kata seorang netizen. – Agensi