fbpx

Kesebelasan utama termahal di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEBELASAN utama skuad bimbingan Guardiola memiliki purata kesebelasan utama bernilai £560 juta untuk mengetuai kelab Inggeris lain dalam senarai enam teratas.

LONDON – Manchester City mengetuai gergasi Eropah lain sebagai kelab dari liga utama yang memiliki senarai kesebelasan utama termahal, menurut kajian daripada Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES).

Berdasarkan aksi 26 Oktober lalu, juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memiliki purata kesebelasan utama bernilai £560 juta (RM3.05 bilion) untuk mengetuai kelab Inggeris lain dalam senarai enam teratas.

Dengan kekuatan kewangan yang dimiliki, pengendali pasukan, Pep Guardiola secara konsisten melakukan pembelian bintang utama pada harga sekitar £50 juta (RM272 juta) dan £60 juta (RM326 juta).

Jumlah itu dibelanjakan bagi mendapatkan pemain seperti Kevin De Bruyne, Ruben Dias, Riyad Mahrez, Joao Cancelo, Aymeric Laporte, Rodri dan terbaharu berjaya merekrut Erling Haaland.

Nilai yang dicatatkan Manchester City itu jauh meninggalkan pencabar lain dengan me­nyaksikan Paris Saint-Germain sebagai pesaing terdekat, merekodkan nilai £439 juta (RM2.39 bilion) untuk muncul kelab luar England tunggal dalam kelompok lima teratas.

Seteru keempat, Manchester United yang berbelanja £200 juta (RM1.08 bilion) pada musim panas kali ini di tangga ketiga, merekodkan nilai £413 juta (RM2.25 bilion), diikuti Liverpool, Chelsea dan Arsenal bagi melengkapkan enam tempat teratas.

Melengkapkan 10 kedudukan teratas adalah Real Madrid (£318 juta), Barcelona (£287 juta), Juventus (£258 juta) dan Bayern Munich (£253 juta).

Newcastle yang mendapat suntikan dana daripada pengambilalihan pemilik dari Arab Saudi berada di tangga ke-11 dengan nilai £221 juta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI