fbpx

Cuaca buruk di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebanyak 10 negeri berdepan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, antara kawasan terlibat di utara adalah Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu).

Di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.

Menurut MetMalaysia, Terengganu dan Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) serta hampir seluruh Pahang akan mengalami hujan lebat.

“Situasi sama diramalkan berlaku di Selangor (Hulu Selangor) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

“Di Johor pula kawasan yang terlibat adalah Segama, Kluang dan Mersing,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, di Sarawak, kawasan yang dijangka terkesan adalah Kuching, Serian dan Samarahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI