fbpx

Yamaha resah ‘hilang’ khidmat 6 jurutera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM jurutera Yamaha terpaksa dikuarantin selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif Covid-19 menjelang GP Perancis. – AFP

PARIS – Persiapan pasukan Yamaha Monster Energy menje­lang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) esok di Grand Prix (GP) Perancis mungkin terjejas selepas pasukan tersebut kehi­langan enam jurutera teknikal selepas salah seorang daripada mereka dikesan positif Covid-19.

Enam kru Yamaha tersebut ingin berlepas ke Perancis, namun tergendala apabila salah seorang daripada mereka di­sahkan positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin termasuk indivi­du penting, Ketua Projek YZR-M1, Takahiro Sumi.

“Yamaha Motor Co. Ltd. dan Yamaha Motor Racing ingin me­ngumumkan bahawa enam kru jurutera termasuk Ketua Projek YZR-MI, Takahiro Sumi tidak akan menyertai perlumbaan GP Perancis minggu ini.

“Lima anggota tersebut disa­ring dan keputusan ujian negatif. Selepas tempoh 24 jam, ujian sa­ringan kedua akan dilakukan untuk memeriksa semula keputusan ujian pertama,” kata pasukan tersebut dalam satu kenyataan.

Yamaha menjelaskan ke­se­mua kru tersebut akan menjalani proses kuarantin di Andorra dan tidak akan dibenarkan untuk menyertai pasukan Yamaha di GP Perancis. Yamaha akan mencari pengganti secepat yang mungkin untuk bersama mereka di Le Mans.

Bagaimanapun, Yamaha me­ngatakan pihaknya akan berhu­bung dengan Takahiro Sumi serta kelima-lima kru berkenaan untuk membantu pasukan mereka di Le Mans nanti menerusi talian komunikasi.

Kesemua kru Yamaha akan dipantau atau disaring sekali lagi sebelum berlepas menyertai perlumbaan GP Aragon pada 18 Oktober ini nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI