fbpx

PRU15: GRS-BN dijangka umum senarai calon esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) dijangka bakal pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada petang esok.

Pengumuman berkenaan dimaklumkan dilaksanakan serentak pada satu majlis di ibu negeri.

Berdasarkan atur cara mengenai program yang dikongsikan kepada media hari ini, antara pengisian lain merangkumi ucapan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor.

Selain itu, pemberian watikah kepada calon kedua-dua gabungan turut menyusul selepas itu.

Terdahulu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun sebelum ini memaklumkan pengumuman calon GRS dan BN dijangka pada 1 atau 2 November selepas semua rundingan mengenai pertukaran kerusi dimuktamadkan.

Setakat ini, belum diketahui berapa agihan kerusi kepada GRS dan BN berikutan belum ada pendedahan mengenainya daripada kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, Bung Moktar sebelum ini menyatakan daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah, kedua-dua gabungan bakal mendapat agihan kerusi secara menang-menang.

Hal ini bermakna kedua-dua gabungan masing-masing mungkin mendapat sama ada 12 atau 13 kerusi untuk diagihkan pula kepada parti komponen masing-masing.

GRS mengandungi Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI