fbpx

Ketagih porno, rumah tangga Frans Nickolas terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRANS NICKOLAS

PELAKON Frans Nickolas mengakui dirinya pernah mengalami masalah ketagihan menonton filem porno sejak di bangku sekolah hingga berkahwin.

Pelakon filem Bidadari-Bidadari Syurga itu memberitahu, ketagihan bermula daripada rasa ingin tahu sehingga akhirnya menjadi satu ketagihan.

“Lama sangat dari bangku sekolah sampai kahwin masih tonton, ada waktu-waktu tertentu,” ujarnya seperti dipetik KapanLagi.com.

Bagaimanapun Frans berkata, tabiat buruk itu akhirnya ditangkap isteri, malah perkahwinannya terjejas disebabkan perkara tersebut.

“Sudah tentu isteri kecewa, bayangkan orang yang anda cintai lebih memilih untuk berfantasi. Apa yang saya lakukan itu sama sahaja seperti curang yang bermula dari fikiran,” ujarnya.

Frans akhirnya sedar perkara itu merosakkan diri dan orang sekelilingnya.

Malah dia mengambil keputusan mendapatkan kaunseling bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Apa yang saya buat itu tidak sihat, tidak baik dan mempengaruhi alam perkahwinan. Selepas itu saya mula berubah dan perbaiki diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI