fbpx

Tiada harimau di Sungai Kelambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular kehadiran harimau yang didakwa di Banting, hari ini.

KUALA LANGAT – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menafikan kehadiran seekor harimau belang di sekitar Jalan Sungai Kelambu, Banting di sini.

Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung perkara itu pagi tadi.

“Kita turut telah menemui wakil penduduk bagi mendapatkan kesahihan mengenai maklumat tersebut.
.
“Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau itu di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk setempat supaya tidak bimbang mengenai perkara berkenaan.

“Pemantauan turut akan dilakukan di sekitar lokasi tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Perhilitan Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan seekor harimau belang sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Gua Musang, Kelantan apabila kira-kira 50 penduduk Kampung Gua Air dan pekerja Ladang Sungai Terah terkejut melihatan kemunculan seekor harimau belang dewasa di kawasan ladang sawit, baru-baru ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI