fbpx

Operator kilang maut terjatuh dalam mesin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat S. Ganesen yang maut setelah terjatuh ke dalam mesin 'fuel conveyor' di Taman Perindustrian Bidor, Bidor hari ini.-Foto JBPM PERAK

TAPAH – Seorang operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam mesin ‘fuel conveyor’ di sebuah kilang sawit di Taman Perindustrian Bidor di sini hari ini.

Mangsa, S. Ganesen, 49, yang berasal dari Sungkai maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dihantar ke kilang berkenaan selepas menerima maklumat pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah terjatuh ke dalam mesin dengan ketinggian 4.5 meter.

“Tempat kejadian merupakan kilang memproses kelapa sawit yang telah beroperasi selama 25 tahun dan mangsa telah bekerja di sana sejak sembilan tahun lalu.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, mangsa didapati tersepit di dalam mesin berkenaan dan disahkan maut oleh petugas perubatan.

“Anggota bertindak mengangkat mangsa setelah bilah conveyor itu dipotong oleh pihak kilang. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI