PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap empat negeri sehingga 12.00 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam laporan berkata, ribut petir dijangka berlaku di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
“Seterusnya, bagi Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Telang Usan).
“Sementara itu, hujan lebat diramal terjadi di beberapa daerah di negeri Sabah iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat,” katanya.
Manakala, cuaca buruk berkenaan diramal berlaku di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga tengah hari ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.