fbpx

Piala Malaysia: Kuching City ke suku akhir, singkir Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Kuching City meraikan kejayaan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia buat kali pertama. - Foto ihsan Kuching City

PETALING JAYA – Pasukan Liga Premier, Kuching City mencipta kejutan lolos ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Penang FC 2-1 pada aksi kedua pusingan 16 terbaik sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Negeri, Kuching itu, kedua-dua pasukan memulakan saingan dengan rancak dalam usaha memburu kemenangan selepas terikat 2-2 pada aksi pertama minggu lalu.

Skuad Harimau Kumbang membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan pemain import berkualiti seperti Endrick Doa Santos, Rafafel Vitor dan Lucas Espindola.

Pasukan kendalian Manzoor Azwira memulakan saingan dengan langkah kanan apabila meraih gol menerusi ledakan Espindola yang bijak menyudahkan hantaran Adip Raop pada minit ke-22.

Skuad tuan rumah mempamerkan kebangkitan pada babak kedua dengan memperkemaskan jentera serangan dalam usaha menyamakan kedudukan.

Gol yang dicari akhirnya tiba menerusi sepakan percuma yang disudahkan oleh Alif Hassan pada minit ke-62 untuk menewaskan penjaga gol Penang FC, Hafizul Hakim.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi saingan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.

Ketika pasukan pelawat seperti sudah kepenatan, Kuching City yang dikendalikan oleh Irfan Bakti Abu Salim menggunakan kesempatan untuk melakukan serangan bertali arus.

Usaha skuad The Cats akhirnya membuahkan hasil apabila meraih gol kemenangan pada minit ke-118 hasil jaringan Wan Mohamad Faiz Wan Sulaiman dengan keputusan agregat 4-3 kekal sehingga tamat perlawanan.- KOSMO ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI