fbpx

Twitter mahu caj RM94.63 sebulan bagi akaun kekal verified

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 14 April lalu menunjukkan Elon Musk dan akaun Twitter beliau. - AFP

PETALING JAYA – Media sosial Twitter merancang mengenakan bayaran AS$20 (RM94.63) sebulan ke atas pengguna sebagai pengesahan yang merupakan sebahagian daripada baik pulih yang diumumkan oleh hartawan, Elon Musk.

Jelas portal media Verge hari ini berkata, pekerja yang terlibat dalam projek tersebut telah dimaklumkan semalam bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 November nanti atau mereka akan kehilangan pekerjaan.

Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion pada Jumaat lepas.

“Keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak,” ciapnya semalam.

Tambah Verge, langganan premium pilihan kini berharga AS$4.99 (RM23.60) sebulan. Ciri baharu itu, dipanggil Twitter Blue, bernilai AS$19.99 sebulan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI