fbpx

Tony Fernandes letak jawatan CEO AirAsiaX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tony Fernandes yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Berhad (AAX) berkuat kuasa hari ini  akan memberi tumpuan terhadap usaha menyampaikan nilai penting kepada pemegang saham Capital A termasuk Air Aviation Group.

Beliau juga akan turut memfokuskan dalam bidang logistik, pelancongan, fintech dan juga platform gaya hidup e-dagang.

Capital A adalah nama baharu bagi AirAsia Group Bhd yang bermula pada awal tahun ini sebagai usaha Kumpulan untuk memperluaskan lagi skop perniagaan terasnya kepada lebih daripada sekadar syarikat penerbangan.

Mengulas mengenai pengunduran beliau di dalam kumpulan tersebut, Tony menerangkan, beliau kembali ke dalam AAX bertujuan untuk ‘menghidupkan’ semula syarikat penerbangan itu selepas melalui proses hibernasi akibat Covid-19.

Tony Fernandes (tiga dari kanan) pada majllis pelancaran Capital A pada awal tahun ini.

“Saya gembira rancangan kami berjaya dengan rancangan teguh ke atas 20 pesawat Kumpulan AAX merangkumi 13 pesawat untuk AAX dan baki tujuh pesawat Thai AAX (TAAX).

“Selepas mencatat kejayaan cemerlang yang  diketuai oleh Lim Kian Onn dalam langkah penstrukturan  semula, tugas saya adalah untuk mengembalikan semula keuntungan dan pertumbuhan. 

“Kami telah menambah baik struktur kos dan mewujudkan perniagaan kargo yang mana ia telah menyumbang kira-kira 20 peratus kepada pendapatan syarikat semasa pandemik dan akan terus memainkan peranan penting dalam proses pemulihan AAX,”  jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau berkeyakinan AAX akan kembali kukuh dengan menawarkan penerbangan jarak sederhana yang bernilai hebat, diketuai oleh pasukan kepimpinan kanan di Malaysia dan Thailand.

Selain itu, AAX turut mengumumkan pelantikan Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif TAAX berkuatkuasa hari ini.

AAX berkata, Tunku Mahmood Fawzy akan memberi perhatian kepada memantau hala tuju strategik dan memacu pertumbuhan mampan bagi AAX dan TAAX. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI