fbpx

Rashford muncul wira julang United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD meraikan jaringannya ketika membantu United menewaskan West Ham United 1-0 pada aksi EPL di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford mengakui dirinya kini bebas daripada sebarang masalah luar padang dan fikirannya tenang selepas muncul wira United ketika menewaskan West Ham United 1-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Rashford mengakui faktor lua­ran menjadi penyebab kepada kesukaran dihadapi sepanjang musim 2021/22, namun situasi semasa menjadikanya bermotivasi untuk memainkan peranan lebih besar buat pasukan.

Sejak di bawah Erik ten Hag, Rashford yang menyambut ulang tahun ke-25 semalam kembali menemui sentuhan, meledak tujuh gol dalam 15 perlawanan dan jaringannya dalam aksi dengan West Ham melengkapkan gol ke-100 bersama United.

“Jujurnya, kelab ini memiliki aura berbeza termasuk di padang latihan. Ini adalah permulaan dan jaringan kemenangan ini menjadikan fikiran saya lebih tenang untuk bantu kelab.

“Sebelum ini, saya agak bergelut tetapi sekarang saya rasa cukup bermotivasi. Saya kini mampu menghadirkan ­kelainan dan ia beri perbezaan yang cukup ketara.

“Saya perlu memastikan fikiran saya tenang dalam setiap perlawanan dan harus menghadirkan sedikit kelai­nan berbanding situasi yang saya hadapi musim lalu,” katanya.

Sepanjang musim lalu, Rashford hanya menjaringkan lima gol dalam 32 penampilan hingga mencetuskan persoalan tentang masa depanya di Old Trafford dan juga kedudukan dalam skuad kebangsaan England.

Ketika ini, Rashford muncul pemain ke-22 United yang berjaya merekodkan 100 gol bersama The Red Devils dan kini tidak sabar untuk terus menghadirkan sesuatu buat pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI