fbpx

Tak tahan tohmahan, Fatin Afeefa henti berlakon?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN Afeefa mendedahkan dia tidak berlakon sejak Januari lalu.

PETALING JAYA – Enggan terus berhadapan tohmahan yang boleh menjejaskan emosi anak-anak membuatkan pelakon, Fatin Afeefa nekad meninggalkan dunia seni.

Katanya, keputusan tersebut diambil kerana tidak tahan hidup dalam situasi sedemikian.

Malah bintang FILEM Tentang Bulan itu turut mendedahkan sudah hampir setahun tidak memenuhi undangan lakonan.

“Saya sudah tak nak hidup macam ini. Saya sudah berhenti berlakon, menyanyi pun sudah tiada.

“Dari awal tahun lagi saya sudah berhenti (berlakon). Saya tak mahu lagi kehidupan macam ini.

“Hari ini saya tak tahu berapa hari bulan, pukul 12 tengahari, saya stop (berhenti),” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok, hari ini.

Dalam video tersebut, pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, itu menangis teresak-esak sambil sesekali terdiam menahan kesedihan.

Pelakon yang menceburi arena lakonan sejak kecil itu turut berharap orang yang menganiaya anaknya mendapat balasan.

“Aniaya anak yang belum baligh, hidup awak takkan tenang sampai bila-bila dan berdosa. Itu saja yang saya boleh cakap.

“Allah Maha mendengar dan Allah tak pernah kejam, Allah sayang,” luahnya yang sudah menangis dalam tempoh lama hingga matanya kelihatan membengkak.

Kata Fatin, tumpuan selepas ini hanya difokuskan terhadap kebajikan permata hati yang
memberinya kekuatan, serta memperkukuhkan lagi perniagaan.

Terdahulu, isu aktres itu bersama bekas suami yang juga pelakon hangat diperkatakan susulan perbalahan mengenai nafkah anak.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2013, namun mengambil keputusan berpisah empat tahun kemudian.

Mereka dikurniakan cahaya mata, Ivy Herra Sophia, 7, manakala putera sulungnya, Adam Aisy Arrian, 9, adalah anak daripada perkahwinan pertamanya yang tidak diperincikan.

Sementara itu, dalam perkongsian sama Fatin turut menzahirkan rasa kecewa atas kenyataan bekas suaminya itu berkenaan status Arrian.

“Bagi Arrian, Adam daddy (ayah) dia. Saya tak boleh nak cakap lebih terperinci tapi untuk seorang anak yang anggap awak daddy dia, kenapa sanggup cakap macam ini?

“Setiap kali lepas solat, Arrian doakan untuk daddy dia tetapi selama ini awak keluarkan statement (kenyataan) pasal dia yang tidak baik, apa salah Arrian?

“Ini yang awak (Adam) nak kan? Nak bagi tahu satu dunia yang saya ni ‘fragile’. Awak dah dapat apa yang awak nak,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI