fbpx

Piala Dunia terakhir buat De Bruyne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE akan membuat penampilan ketiga pada saingan Piala Dunia di Qatar dan berharap menjadi satu perkara paling istimewa dalam kariernya. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne tidak menolak kemungkinan bahawa saingan Piala Dunia Qatar 2022 hujung bulan ini akan menjadi penampilan terakhirnya pada kejohanan tersebut.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak pasti apa yang akan berlaku dalam tempoh empat tahun akan datang, namun dia percaya Piala Dunia kali ini bakal menjadi satu perkara pa­ling istimewa dalam kariernya.

De Bruyne pastinya mahu mengulangi aksi terbaik yang ditampilkan di Russia empat tahun lalu apabila dia membantu Belgium menamatkan saingan Piala Dunia 2018 di tempat ketiga selain membawa pasukan itu ke suku akhir pada edisi 2014 di Brazil.

“Piala Dunia kali ini sangat istimewa kerana anak-anak saya akan datang buat kali pertama.

“Anak-anak saya berusia enam, empat dan dua tahun, jadi saya tidak mahu mereka terlepas menyaksikan saya bermain di Piala Dunia.

“Saya sudah berusia 31 tahun dan tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh empat tahun lagi.

“Justeru, ini adalah peluang terbaik untuk bawa mereka datang ke Piala Dunia,” katanya.

Dia yang akan melakukan penampilan ketiga dalam sai­ngan Piala Dunia berharap rakan sepasukan yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke kejohanan tersebut supaya bertenang dan bermain seperti biasa.

“Ini adalah Piala Dunia ketiga saya, jadi saya tahu apa perasaan apabila melangkah masuk ke dalam padang. Mungkin ia sedikit berbeza kepada pemain baharu, namun saya harap mereka dapat tampilkan aksi terbaik,” ujar De Bruyne. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI