fbpx

Gaji RM1,000 memang tak cukup – Guru KAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) mengakui gaji bulanan RM1,000 yang diterima tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup ketika ini.

Noor Asmaieza Daud, 40, berkata, dia mula bertugas sebagai guru KAFA sejak 15 tahun lalu dengan gaji permulaan RM400.

Katanya, meskipun sudah lama bekerja, tangga gajinya ha­nya mencapai RM1,000 dan apabila ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dia memperoleh pendapatan bersih kira-kira RM850.

Berita berkaitan: Guru KAFA terbeban, gaji tak cukup elaun tiada

“Memang kerja kami tidak penat seperti guru sekolah kerana hanya fokus untuk mengajar KAFA tetapi gaji yang diterima sebenarnya sedikit berbanding pekerja dalam sektor lain.

“Kami terima bayaran gaji pada setiap 15 hari bulan dan elaun yang dibayar juga tidak menentu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ujarnya, ramai dalam kala­ngan rakan-rakannya yang me­rupakan guru KAFA melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Katanya, dia juga menjual produk kecantikan dan tudung di pasar minggu untuk mencari wang tambahan bagi menampung gaji bulanannya sebagai guru KAFA.

“Saya mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM400 seminggu sekiranya berniaga di pasar minggu. Pendapatan jualan saya lebih banyak daripada gaji yang diperoleh sebagai guru KAFA.
“Saya dan suami yang bekerja sendiri perlu mencari inisiatif untuk menyara tujuh anak kami yang berusia antara empat bulan hingga 17 tahun. Tidak boleh bergantung sepenuh kepada pendapatan sebagai

guru KAFA,” katanya.

Noor Asmaieza memberitahu, dia berharap kerajaan dapat mengkaji semula gaji guru KAFA kerana martabat guru agama adalah tinggi dalam Islam.
Katanya, seharusnya gaji yang diterima guru KAFA setimpal kerana golongan tersebut me­ngajar ilmu agama yang akan menjadi pedoman kepada anak-anak apabila mereka dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI