fbpx

20 penyanyi meriahkan konsert percuma Absolut Music Festival

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan pada Absolut Music Festival 2022 pada 4 hingga 6 November depan.

SEDAR tentang lambakan konsert penyanyi tanah air dan antarabangsa, Absolut Events & Management Sdn. Bhd. dengan kerjasama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma pada 4 hingga 6 November depan.

Acara yang diberi nama Absolut Music Festival 2022 (AMF2022) itu julung-julung kali diadakan yang menggabungkan muzik dan makanan dalam satu bumbung kepada para pengunjung yang hadir.

Menurut Pengarah Operasi Absolut Event and Management, Ben Ali, menawarkan konsert secara percuma kepada para pengunjung merupakan salah satu strategi untuk menarik minat ramai pencinta muzik ke acara tersebut.

Ujarnya, lambakan konsert pada tarikh sama turut menjadi faktor tercetusnya idea untuk mengutip sebarang bayaran daripada pengunjung.

“Konsert kami percuma, itu kekuatan AMF2022. Jika kami buat konsert berbayar, agak susah untuk dijual memandangkan banyak lagi konsert lain yang dianjurkan.

“Kami perlu bersaing dan jika dilihat pada acara berbayar lain, mereka perlu menurunkan harga tiket untuk melariskan jualan. Jadi, kami nak elakkan perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ben berpendapat pemilihan lokasi acara turut memberi impak terhadap penganjuran sesebuah konsert dan mereka sangat menitikberatkan faktor cuaca dan keselesaan pengunjung.

Memantau ramalan cuaca merupakan antara yang dilakukan oleh pihaknya buat masa ini bagi memastikan segala persiapan dilakukan dan acara tersebut berjalan dengan lancar.

Katanya, ramalan hujan juga antara sebab mereka memilih Bandar Malaysia, Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk AMF2022.

“Pada asalnya kami hendak adakan AMF2022 di sekitar Bukit Jalil tetapi disebabkan ramalan cuaca, kami mencari lokasi yang mempunyi kawasan berbumbung sekiranya hujan.

“Bandar Malaysia dilihat sangat strategik kerana memiliki kawasan berbumbung yang mampu memuatkan lebih 30,000 orang dalam satu masa.

“Lokasi itu masih open air tetapi jika hujan, semuanya masih selamat malah lengkap juga dengan fasiliti lain seperti surau dan parkir kereta yang luas,” katanya lagi.

Konsert tiga hari

Bercerita lanjut, 20 penyanyi terkenal bakal dibahagikan untuk konsert yang akan berlangsung selama tiga hari beturut-turut itu.

Katanya, konsert selama tiga hari itu bakal mempunyai tema berbeza iaitu Retro Night (hari pertama), Pop dan Girls Group (hari kedua) dan Rock dan Hip-Hop (hari ketiga).

“Untuk hari pertama, antara artis yang mengisi tema retro ialah Alleycats, Kugiran Masdo dan Search. Kemudian hari kedua pula dihiasi dengan Akim & The Majistret, Dolla, Andi Bernadee, Janna Nick dan

“Sementara, untuk hari terakhir, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Faizal Tahir, Joe Flizzow, Aman Ra dan Floor 88,” ujarnya.

Selain konsert, seramai lebih 100 selebriti tanah air termasuk pempengaruh media sosial bakal memeriahkan AMF2022 seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi.

Sebagai penganjur, dia sangat menekankan aspek kepuasa dan berharap setiap pengunjung yang hadir dapat berhibur dengan kepelbagai muzik serta ratusan hidangan kelak.

“Kepuasan penonton merupakan sesuatu yang hendak kami berikan sepanjang acara berlangsung selama tiga hari.

“Bukan sahaja berhibur tanpa henti, malah mereka juga boleh menikmati ratusan jenis makanan dan minuman yang dijual lebih 100 gerai nanti,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN