fbpx

Wanita keguguran, suami pula hilang tanpa berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrulnizam gagal dihubungi dan kali terakhir berhubung dengan isterinya pada 21 Oktober lalu.

SEREMBAN – Seorang wanita keguguran anak pertama manakala suaminya yang merupakan anggota polis bantuan pula hilang tanpa khabar berita selepas keluar bekerja pada 20 Oktober lalu.

Ziela Shafina, Resely, 35, mengalami keguguran selepas terbabit kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke rumah ibu mentuanya di Pekan, Pahang untuk mencari suami, Azrulnizam Mohamed Rashid, 47.

Adik angkat pasangan itu, Khairulnajiha Fadjar Marta, 26, berkata, kali terakhir kakak angkatnya menghubungi suami pada 21 Oktober lalu dan lelaki itu memberitahu akan pulang ke rumah mereka di Seremban.

“Abang keluar bekerja pada malam 20 Oktober lalu di sebuah bank di Seremban dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss nombor pendaftaran CEF 5630.

“Bagaimanapun, rakan sekerjanya memaklumkan abang keluar dari tempat kerja pada pukul 1 pagi dan tidak kembali. Kali terakhir kakak menghubungi suaminya pukul 6 petang, 21 Oktober lalu dan memaklumkan dia berada di rumah ibunya di Pekan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairulnajiha berkata, selepas itu, Azrulnizam gagal dihubungi, malah telefon bimbitnya juga dimatikan sebelum memutuskan ke rumah ibu mentua kakaknya di Pekan pukul 12.30 tengah malam hari sama.

“Sewaktu dalam perjalanan, kami terlibat kemalangan dengan seekor lembu. Kereta rosak, tetapi kami tetap meneruskan perjalanan.

“Ketika berada di Pekan, ibu mertua kakak memaklumkan abang sudah pulang ke Seremban jadi kami bertolak pulang semula ke sini,” katanya.

Menurut Khairulnajiha, lebih menyedihkan keesokan harinya, kakaknya mengalami pendarahan dan disahkan mengalami keguguran.

“Kakak sudah buntu mencari suaminya. Dia memerlukan sokongan moral daripada lelaki itu memandangkan kandungan tersebut adalah anak sulung mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Azrulnizam diminta menghubungi talian 018-3144686. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI