PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lima negeri termasuk Sarawak petang ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang.
Katanya, ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis dan beberapa di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
Bagi Pulau Pinang pula membabitkan Barat Daya dan Timur Laut sementara di Perak meliputi Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta.
Amaran sama turut dikeluarkan di Terengganu bagi kawasan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Selain itu, hujan lebat juga diramalkan berlaku melibatkan Kuching (Kuching), Serian dan Samarahan di Sarawak.
Ujar MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam. – KOSMO! ONLINE