fbpx

JPJ Selangor kutip RM370,560 lelongan kenderaan sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul (kiri)menunjukkan sebuah kereta yang akan dilelong dalam program lelongan awam JPJ Selangor di Dewan Melati, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berjaya mengutip RM370,560 hasil lelongan kenderaan yang disitanya sehingga Julai, tahun ini.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, kutipan hasil itu berjaya dikumpul setelah melelongkan 60 buah kenderaan dalam tempoh sama.

“Pada hari ini, kita lelong 135 buah kenderaan pelbagai jenis, iaitu yang tertinggi tahun ini.

“Jadi, kami menyasarkan kutipan hasil lelongan pada hari ini, lebih tinggi berbanding dua lelongan yang telah dilakukan pada tahun ini,” katanya ketika melawat program Perlelongan Awam Kenderaan Sita Siri 3 Tahun 2022 di Dewan Melati, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, berdasarkan rekod sebanyak RM4.908 juta berjaya dikutip hasil lelongan bermula tahun 2019 sehingga 2022.

Tambah Khairul, bagaimanapun pada tahun 2020 program lelongan itu tidak dapat dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai serta ahli parti politik supaya mengikuti peraturan trafik semasa berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Semua pihak yang terlibat perlu mematuhi undang-undang negara ini yang dicipta untuk keselamatan diri mereka.

“Sekiranya kami dapat laporan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta JPJ, kami akan mengambil tindakan tegas,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI