PETALING JAYA – Tidur dengan memakai bra bukan pencetus kanser payudara.
Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok menjelaskan, ia hanyalah mitos semata-mata.
Malah, beliau turut berkongsi kebaikan atau manfaat tidur tanpa memakai bra.
“Manfaat tidur tanpa bra ialah boleh mengurangkan peluh dan meningkatkan kualiti tidur.
“Selain itu, risiko jangkitan kulit dan penyumbatan limfa juga dapat dikurangkan,” katanya.
Jelasnya lagi, pemakaian bra mahupun yang berdawai tidak akan menyumbang kepada masalah payudara. – KOSMO! ONLINE