fbpx

Dua kakitangan hospital direman tiga hari rosakkan kolam Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

KLANG – Dua kakitangan hospital direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung merosakkan hiasan lantai tradisional atau Kolam sempena Deepavali di pekarangan sebuah hospital swasta di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20 dan 30an itu terdahulu ditangkap kira-kira pukul 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

“Dua suspek itu masing-masing individu yang berjalan dengan kasut atas kolam Deepavali dan yang menjadi perakam.

“Mereka kini direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan tindakan seorang lelaki merosakkan hiasan lantai tradisional sempena perayaan Deepavali ataupun dipanggil kolam, menggunakan kaki dikecam orang ramai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI