fbpx

13 kedai hangus terbakar di Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN deretan kedai yang terbakar di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang pagi ini.

SERDANG – Sebanyak 13 kedai separuh papan musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 4.15 pagi.

“Seramai 24 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati kebakaran bermula di sebuah kedai emas terbakar 70 peratus dan api telah merebak ke 12 deretan rumah kedai yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam untuk memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada pukul 5.30 pagi.

“Dua buah kedai emas, kedai perkakasan, kedai tayar, bengkel motosikal, kedai telur, bengkel kereta, kedai cermin mata, poliklinik dan surgeri, kedai serbaneka 24 jam, kedai bateri, klinik, kedai salon dan satu kedai pajak gadai terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa terlibat dalam insiden berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,”  ujarnya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI