SERDANG – Penganjur acara jualan baju terpakai atau ‘bundle’ tampil membuat laporan polis setelah dituduh menipu peniaga berhubung isu tapak berniaga di pusat beli-belah The Mines di sini, 28 Oktober lalu.
Difahamkan, laporan dibuat pada hari kejadian dan perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan dalam kenyataan hari ini.
“Pengadu memberitahu penyewa tapak perniagaan tidak berpuas hati dengan pengadu sekaligus meminta pengadu mengembalikan duit sewa.
“Pihak penyewa juga ada membuat laporan dan siasatan kes sedang dijalankan,” katanya.
Jelasnya, pengadu sebagai penganjur acara tersebut, membuat laporan polis bertujuan rujukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Pihak penyewa juga mengesahkan akan memulangkan kembali barang yang diambil untuk tujuan cagaran.
“Untuk makluman, kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE