fbpx

[VIDEO] Polis siasat video tular lelaki pukul seorang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang menunjukkan seorang lelaki memukul dan menampar wanita yang dipercayai berlaku di salah sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Pihak polis sedang menyiasat sebuah video tular memaparkan seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki berulang kali yang didakwa berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Kita sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan.

“Saya meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat tentang kejadian terbabit bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk menggunakan selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Menerusi sebuah video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu menampar beberapa kali arah muka perempuan terbabit hingga tortolak ke dinding.

Lelaki itu kemudiannya menyerang dengan menendang semula mangsa sebelum bertindak menampar muka perempuan itu dengan selipar berulang kali.

Mangsa perempuan berkenaan hanya menangis menahan kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu ganas malah turut mengecam individu yang merakam kejadian itu kerana tertawa.

Setakat ini, tiada kepastian mengenai masa dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku namun dipercayai terjadi di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Digital (@utusanonline)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI