PETALING JAYA – Keadaan cuaca pada pagi ini dilihat cerah di seluruh negara berikutan tiada sebarang laporan atau amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi hari ini.
Terdahulu, MetMalaysia melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri seluruh Pulau Pinang dan beberapa kawasan sekitar Perak.
“Antaranya, Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Cuaca buruk sama turut melibatkan Pahang (Bentong, Bera dan Rompin) serta seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.
Dalam pada itu, beberapa daerah di Johor dan Sabah juga mengalami hujan lebat serta ribut petir yang berakhir pada pukul 6 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE