fbpx

Tom tetap tenang walaupun seluar hampir terlucut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tom ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza minggu ini.

PETALING JAYA – Penyanyi, Tom terpaksa menyanyi sambil memegang seluarnya yang hampir terlucut ketika melakukan persembahan di konsert Gegar Vaganza minggu ketujuh malam ini.

Seluar penyanyi itu tercabut selepas dia ‘mencangkung’ ketika menyanyikan not tinggi lagu ‘Akhirnya kini pasti’ nyanyian asal Anita Sarawak.

Bagaimanapun, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, sempat memegang bahagian belakang seluarnya sehingga akhir persembahan.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sikap Tom yang tidak cemas dan menghabiskan persembahan dengan baik.

“Bertenang je seluar dia hampir terlucut, kalau aku dah menggelabah,” kata Ryazmi.

“Suka dengan ‘energy’ Tom bila persembahan, seluar terbuka pun kekal ‘perform’,” kata Nyaz.

“Terbuka pula seluar Tom ya, nasib baik sempat tahan,” kata J. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI