fbpx

Jurutera komputer maut kemalangan, pelajar UPM cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Ambang Kota, Lukut petang tadi.

PORT DICKSON – Seorang jurutera komputer maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Jalan Ambang Kota, Lukut di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Walid Sharudin, 47, yang menunggang motosikal jenis NMS400K maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala manakala pembonceng motosikal seorang wanita yang juga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berusia 30 tahun cedera parah.

Aidi Sham berkata, dalam kejadian pukul 4.15 petang itu telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal serta kereta Perodua Myvi dan Perodua Alza.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang bergerak dari Site C, Tanah Merah menghala ke Lukut.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa kereta Perodua Myvi sedang berhenti di petak kanan untuk masuk ke simpang kanan telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Alza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, selepas pelanggaran tersebut, kereta Perodua Alza itu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan secara melintang lalu dilanggar sebuah motosikal dinaiki mangsa yang sedang bergerak terus dari arah Lukut.

“Akibat kemalangan, mangsa penunggang motosikal yang merupakan jurutera komputer maut di lokasi kejadian, manakala pembonceng motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI