PETALING JAYA – Pengacara Gegar Vaganza, Elly Mazlein tampil menggunakan kerusi roda ketika mengacarakan konsert Gegar Vaganza minggu ketujuh hari ini.
Difahamkan, Elly Mazlein terpaksa menggunakan kerusi roda selepas lututnya terseliuh ketika di set penggambaran sebuah drama.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji kesungguhan Elly Mazlein yang tetap mengacarakan konsert itu walaupun dalam keadaan berkerusi roda.
“Walaupun atas kerusi roda, tetap meriah Kak Lina Pom Pom ni,” kata Aida.
“Kak Lina tetap cantik walaupun atas kerusi roda,” kata Mateen.
“Kasihan pula tengok Kak Lina atas kerusi roda,” kata Lynn.
Terdahulu, Elly Mazlein berkongsi foto keadaan lututnya yang cedera ketika menjalani penggambaran drama siri terbaharu berjudul Gila Viral pada petang tadi. – KOSMO! ONLINE